Jam
CARILAH ILMU SELAGI MAMPU
http://peett.mw.lt/Gif/Uhuhuh.Gif
Tuesday 8 January 2013
salam
Bertemu lagi di tahun baru.....2013 moga semua beroleh keberkatan ilmu...rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan.....
Tuesday 11 December 2012
Penjodoh Bilangan
1.Baris -benda berbaris tulisan, ayat, pokok, bangku, rumah.. |
2.Batang - benda yang lurus/panjang tiang, paku, berus gigi, lilin, buluh, galah, gigi, jalan, sungai, popok, penyapu, mancis... |
3.Bentuk --benda yang melengkung dan tajam cincin, mata kail, subang |
4.Bidang tanah, sawah, ladang, tikar, layar, bendang, kebun |
5.Biji buah- buahan, butang, guli, belon, mangkuk, cawan, piring, bintang |
6. Bilah -benda tajam pisau, pedang, golok, parang, tombak, lembing, sabit, gergaji, gunting, jarum, keris, kapak |
7.Buah -bentuk yang tidak menentu negeri, banglo, pulau, radio, songkok, perigi, kotak, kamus, bandar, dompet... |
8.Buku benang, sabun, roti... |
9.Butir - benda kecil intan, peluru, telur, manik, beras, mutiara, berlian,bom |
10.Cucuk benda yang dicucuk sate, buah |
11.Das tembakan dari pistol,senapang atau dari meriam |
12.Deret kedai, rumah, popok, gerai... |
13.Ekor untuk semua haiwan |
14.Gugus rambutan, anggur, kelapa sawit, pinang, langsat, kunci... |
15.Gulung kertas, kain, tikar, filem, dawai, tali, rotan... |
16.Helai kain, baju, daun, kertas, bendera, bulu, sapu tangan, tuala, selimut, sampul surat, singlet , sarung |
17.Ikat rambutan, papan, sirih, sayur, lidi |
18.Kaki payung, bunga, cendawan |
19.Kawan haiwan dalam kumpulan |
20.Keping gambar, kad, setem, foto, papan, biskut, kuih, roti, tanah, atap |
21.Ketul ais, ikan, daging, kuih, batu, arang, tulang, sabun, rot |
22.Kuntum bunga |
23.Kumpulan pelajar, perompak, pemuda, pekerja, burung, itik |
24.Longgok bawang, pasir, sampah, kelapa sawit, batu |
25.Naskhah surat khabar, majalah, risalah, buku |
26.Orang polis, penuntut, penjahat, guru, budak, pegawai |
27.Pasang separu, sarung kaki, kasut, anting-anting, selipar, |
28.Pasukan pemain bola, pengakap, askar, polis |
29.Patah kata, perkataan |
30.Pintu rumah, kedai |
31.Potong -benda yang sudah dipotong kek, kuih, roti, nanas, betik |
32.Pucuk senapang, pistol, meriam, surat, rebung |
33.Rawan jala, jaring, pukat |
34.Sikat/sisir pisang |
35.Tandan kelapa, pinang, pisang, kelapa sawit |
36.Timbun pasir, batu, sampah, durian, manggis, tanah |
37.Titik air, darah, dakwat |
38.Tongkol jagung |
39.Ulas durian, cempedak, limau, langsat |
40.Utas rantai, tali, benang, dawai |
41.Angkatan tentera, penulis, pelukis, sasterawan, kapal perang |
42.Berkas kayu, ranting, buluh, rotan, kunci |
43.Carik/Cebis kertas, kain |
44.Cekak tangkai padi, benih padi, daun sirih |
45.Cubit garam, udang, beras, kuih |
46.Gemal padi, daun serai, buku |
47.Genggam pasir, beras, ikan bilis, garam |
48.Gerombolan orang, penjahat, samseng |
49.Gumpal tanah, tembakau, kapas, kekabu, asap, awan |
50.Hidang lauk, kuih |
51.Hiris/Iris daging, bawang, asam, timun, lobak, limau |
52.Jambak bunga, kunci |
53.Kajang atap |
54.Jemput nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering |
55.Jambangan bunga |
56.Kandang kerbau, kambing, lembu, kuda |
57.Kelompok bintang, pulau, binatang, manusia |
58.Kepal pulut, nasi, tanah |
59.Kepul asap, awan |
60.Kerat kayu, tebu, buluh, rotan |
61.Laras pistol, senapang, meriam |
62.Lingkar ubat nyamuk, tali, dawai, rotan |
63.Lembar kain, kertas, benang, tali |
64.Papan mercun, petai |
65.Pangsa durian |
MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI
1. Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 jenis
2. a. Kata Ganti
Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti
Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti
Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
3. Bilangan penutur / pendengar:
a. Tunggal
(seorang)
b. Jamak
(lebih daripada seorang)
4. Contoh Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti
Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap
dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
|
saya
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap
dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
|
hamba
(tunggal)
|
Digunakan untuk membahasakan
diri sendiri pada zaman dahulu.
|
patik
(tunggal)
|
Digunakan oleh rakyat apabila
bercakap dengan raja atau sultan.
|
beta
(tunggal)
|
Digunakan oleh raja atau
sultan apabila bertitah kepada rakyat.
|
kami
(tunggal)
|
Digunakan pada diri orang yang
berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
|
kita
(tunggal)
|
Digunakan pada diri sendiri
dengan menyertakan diri orang kedua.
|
b. Kata Ganti
Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda
(tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan
dengan kita.
|
awak
(tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita.
|
engkau
(tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
|
Tuan
hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang
kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti
diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
|
tuanku
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap
dengan raja atau sultan.
|
kalian
(tunggal)
|
Digunakan untuk beberapa orang
yang diajak bercakap.
|
kamu
(tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
|
dipetik dari lamanbahasa blog's. -Nota yang ringkas dan mudah difahami
Friday 16 November 2012
Dugaan Tugasan
Syukur juga semua kerja hampir siap,,,,,,banyak juga halangan walau bagaimana pun dengan sokongan kelaurga semua dpt sempurnakan walaupun perlahan2....
Latihan Tatabahasa
Jawab semua soalan di bawah
1. Kakak membeli se________ payung
A. buah
B. kaki
C. biji
D. batang
2. Ibu membeli lima________ jagung di gerai Pak Tam
A. buah
B. kaki
C. biji
D. tongkol
3. Tiga ___________ burung merpati hinggap di dahan rambutan .
A. buah
B. kaki
C. ekor
D. batang
4. Pak Ali menagkap ikan menggunkan se___________ jala
A. buah
B. rawan
C. biji
D. batang
5. Semasa sarapan adik memakan dua ___________ roti dan meminum segelas susus.
A. buah
B. kaki
C. biji
D. keping
6. Emak memakai se_____________ cincin emas di jari manisnya.
A. bentuk
B. kaki
C. biji
D. batang
7. Kakak sangat gembira apa bila mendapat dua ____________ baju kurung baharu
A. bentuk
B. pasang
C. biji
D. batang
8. Di dalam beg sekolah Ahmad terdapat dua___________ buku cerita
A. bentuk
B. buah
C. biji
D. batang
9. Zaki membeli dua ____________ kasut sukan
A. bentuk
B. kaki
C. biji
D. pasang
10. Anan memelihara lima ___________ arnab
A. ekor
B. kaki
C. biji
D. batang
Subscribe to:
Posts (Atom)