Jam

CARILAH ILMU SELAGI MAMPU

http://peett.mw.lt/Gif/Uhuhuh.Gif

Friday 16 November 2012

Dugaan Tugasan

Syukur  juga  semua  kerja  hampir  siap,,,,,,banyak   juga  halangan   walau bagaimana pun  dengan  sokongan  kelaurga   semua  dpt sempurnakan  walaupun perlahan2....

Gambarku

Ceria  dan  gembira anak-anak didik  yang  dikasihi

Latihan Tatabahasa


Penjodoh Bilangan
 Jawab semua soalan di bawah

1. Kakak membeli  se________  payung
A. buah
B. kaki
C. biji
D. batang


2. Ibu membeli lima________  jagung  di gerai Pak Tam
A. buah
B. kaki
C. biji
D. tongkol


3. Tiga ___________ burung merpati  hinggap  di  dahan  rambutan .
A. buah
B. kaki
C. ekor
D. batang


4. Pak Ali menagkap  ikan  menggunkan se___________ jala
A. buah
B. rawan
C. biji
D. batang

5. Semasa sarapan adik memakan dua ___________ roti dan meminum segelas susus.
A. buah
B. kaki
C. biji
D. keping


6. Emak  memakai  se_____________  cincin emas  di jari manisnya.
A. bentuk
B. kaki
C. biji
D. batang


7. Kakak  sangat  gembira  apa  bila  mendapat dua ____________ baju  kurung baharu

A. bentuk
B. pasang
C. biji
D. batang


8. Di dalam  beg sekolah  Ahmad terdapat dua___________ buku cerita

A. bentuk
B. buah
C. biji
D. batang

9. Zaki membeli dua ____________  kasut sukan

A. bentuk
B. kaki
C. biji
D. pasang


10. Anan memelihara lima ___________ arnab


A. ekor
B. kaki
C. biji
D. batang





  • Sistem Bahasa

  • Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa,. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada
  • kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada di peringkat rendah

  • Tatabahasa
  • Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan
  • berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

  • 1.1 Morfologi
  • Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah
  • susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kara pula ialah
  • rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
  • penggandaan.
  • Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain
  • dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan aalah seperti yang berikut:
  • a. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi
  • i. kata asli bahasa Melayu
  • ii. kata pinjaman bahasa Melayu
  • b. Bentuk kata
  • i. kata tunggal
  • ii. kata terbitan
  • iii. kata majmuk
  • iv. kata ganda
  • • Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:
  • i. pengimbuhan
  • ii. penggandaan
  • iii. pemajmukan
  • Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu,
  • penekanan hendaklah diberi pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF


MATLAMAT MENGAJAR BAHASA  MELAYU TAHUN EMPAT

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.

OBJEKTIF  MENGAJAR BAHASA  MELAYU TAHUN EMPAT
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:

  • i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal;
  • ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
  • iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu
  • perkara;
  • iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
  • memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
  • v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
  • vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan
  • menulis;
  • vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan kemahiran menulis serta proses
  • penulisan yang sesuai dan betul;
  • viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
  • membaca, dan menulis;
  • ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
  • x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.